~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Danial memasuki sebuah kedai peralatan muzik, Mizuki Music Store. Dia membelek-belek setiap bass yang terpamer di bahagian bass. Sekali sekala dia membetulkan cermin matanya yang berbingkai hitam tebal. Tiba- tiba matanya terhenti pada sebuah bass yang berwarna hitam putih. Hatinya tekad untuk memiliki bass itu. Dalam fikirannya sudah terbayang yang dia akan menjadi seperti Kanon dalam kumpulan An café, tak pun seperti Reita dari kumpulan The Gazette. Stylo!
“ Er.. tumpang tanya.. sumimasen..” danial memanggil pekerja kedai itu tapi panggilannya tidak di dengari kerana dia sedang leka mendengar lagu dari Mp3nya.
“ Hello!” Danial menguatkan sedikit suaranya. Pekerja kedai itu memandang danial dan membuka ‘earphone’nya.
“ Ya! Nak apa?” mendatar saja suaranya macam tak nak layan Danial. Dia memandang Danial dengan pandangan yang menjengkelkan. Baginya, Danial tak sesuai untuk masuk ke kedai ini. Cermin mata old school, beg galas yang besar, dan sebijik macam budak nerd.
“Er, saya nak beli bass yang warna hitam tu..” tunjuknya ke arah bass yang hitam menawan itu.
“Mahal tu..” pekerja kedai itu mengecilkan matanya memandang Danial. “Awak mampu ke nak beli?” Dia seakan-akan memperlekehkan niat Danial.
“Er, saya nak bayar sikit-sikit dulu. Kat saya sekarang ada..” Danial mengeluarkan dompetnya. “Umm.. ada lapan ratus.. ” Pekerja kedai itu mengeluh dan mengambil borang pembelian.
“Yo! Gitar saya dah siap?” seorang lelaki yang memakai pakaian style visual kei yang agak-agak belasan tahun memasuki kedai gitar itu. Danial memandang lelaki itu dengan penuh taksub. Fesyennya. Gayanya. Cara percakapannya. Semuanya menarik perhatiannya. Pekerja kedai tadi ke belakang. Sedang khusyuk Danial memandang, tiba-tiba lelaki itu berpaling ke arahnya. Danial menundukkan wajahnya dan menyambung semula kerjanya.
“ beli bass? ” lelaki itu memandang borang Danial.
“ Ya.. ” jawab Danial pendek.
“ Danial..” gumam lelaki itu.
“ Hah?” Danial memandangnya.
“ Eh, Takde apa-apa..” dia tersengih.
Pekerja kedai tadi muncul dengan gitar yang berwarna putih coklat. Lelaki itu mengambil gitarnya daripada tangan pekerja itu.
“ Wow! Cantiknya! Macam baru beli semalam! Terima kasih!”
“ ya, cantik. Macam baru.” Danial berasa kagum dengan gitar itu. Cantik di pandangnya.
“ Cepatlah isi borang tu..” marah pekerja kedai itu.
“ Ya.. Ya.. maaf.” Danial segera mengisi borangnya. Tiba-tiba lelaki di sebelahnya menghentak meja dengan tangannya.
“ Diakan pelanggan. Layanlah dia elok-elok. Nak saya report dekat manager kamu ke?”
“ Maaf.. Maaf..” pekerja kedai itu meminta maaf kepada Danial.
Lelaki tadi membayar wang dan mengambil gitarnya dan berlalu dari situ. Danial segera membayar wang pendahuluannya . Dia mengambil bassnya dan mengejar lelaki tadi.
“ Tunggu!” Danial berlari kearah lelaki itu. Lelaki itu menoleh ke belakang. Danial menarik nafas.
“ Terima kasih..” ucapnya pendek.
“ Oh, takde apa-apalah. Relaxlah. Umm, Danial kan?” tanyanya.
“ Er, ya..” Danial menjawab dengan teragak-agak.
“ Lupa nak cakap. Aku pun Danial gak. ” bibirnya mengukir senyuman. Senyuman ukhwah di mata Danial Affan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Danial Affan berjalan masuk ke dalam Antic rose cafe yang terletak di Lot 58. Dia mengambil tempat duduk di sudut kedai. Dia membelek bass yang baru di belinya. Teringat kenangan hari tu.
‘Danial..’
Sedang syok melayan kenangannya, tiba-tiba dia terpandang notis yang di lekat di papan notis cafe itu.
notice
kami memerlukan bassist
silent clan
di silent art studio
urgent!
Selesai Danial membaca notis itu, terus dia berlari ke luar. Ini peluangnya!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Danial menarik nafas panjang. Pintu studio ditolak.
“Er.. maaf..” sebaik saja pintu terbuka, dia terpandang 2 orang sedang rancak berbual di dalam bilik itu. Perbualan mereka terhenti dan mereka mendang Danial dan mereka meneruskan kembali perbualan mereka.
“Hello? Audition bassist tu kat sini ke?” mereka memandangnya dari atas ke bawah. Penampilan Danial sekali lagi menarik perhatian.
“ Yup..” jawab salah seorang daripada mereka pendek. Malas.
“ Saya datang nak jadi bassist.” Danial menolak cermin matanya ke atas. “Actually...” belum sempat dia menghabiskan ayatnya, pintu studio di buka.
“ Moshi-moshi, minna!” seseorang melangkah masuk dengan ceria. Langkahnya terhenti apabila terpandang susuk tubuh yang belum pernah di lihatnya di dalam studio ini.
“ Danial!?” Danial Affan dan Danial menjerit serentak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“ Saya nak join Antique Cafe. Saya nak jadi pemain bass. Insya-ALLAH saya boleh lakukan.” Danial Affan menundukkan kepalanya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Dia membuka beg NIKEnya dan mengeluarkan sekeping CD. CD itu di serahkan kepada Danial. “ Lagu itu saya yang cipta sendiri. Maaf kalau tak sedap.”
Mereka mendengar dengan teliti lagu ciptaan Danial Afffan. Agak menarik. Gitaris Antique Cafe berdiri dan mengambil gitarnya yang berwarna putih disebelahnya. Dia mula memetik tali gitar mengikut rentak lagu ciptaan Danial Affan. Tangannya cekap memetik tali gitar seperti pernah dengar lagu itu. Drummer Antique Cafe bangun dan mengambil drumsticknya. Dia mula memukul permukaan drum mengikut lagu itu. Danial mencapai microphonenya.
“ Danial, aku akan pastikan malam ini adalah malam yang kau takkan lupa untuk selamanya.” Danial Affan terharu kerana mereka mempercayainya.
‘Terima kasih’
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Danial meletakkan begnya ditepi mejanya. Buku-buku di atas meja dikemas rapi. Loceng tamat maktu persekolahan telah berbunyi lima minit yang lepas. Sedang asyik mengemas, matanya sempat menangkap susuk tubuh badan seseorang yang dikenali. Danial meletakkan bukunya dan...
“ Is!” jeritnya. Berlari ke hadapan. “ Jom balik sekali.” Iskandar mengukir senyuman dan sekali lagi kelihatan senyuman ukhwah di mata Danial. Iskandar memaut bahu Danial.
“ Jom, cepat sikit tau? Eh, aku nak pergi studio kejap. Nak ambil buku biologi. Tertinggal semalam.” Danial segera mengemas barangnya dan berjalan seiringan dengan Iskandar.
Sesuatu yang kelakar, Danial sendiri tidak perasaan yang Iskandar satu sekolah dengannya. Yang paling mengejutkan, Iskandar juga pelajar yang popular dengan kepandaiannya. Dia antara pelajar top 5 di Sekolah Menengah Tunku Hisham. Danial tak sangka Iskandar yang berperwatakkan cool dan slumber ini boleh score dalam akademik. Drummer Antique Cafe dan gitaris Antique Cafe, Zariff dan Kid pelajar sekolah ini juga. Selama ini mereka saja, Cuma dia saja yang tak perasan. Teruk betul.
Pintu studio dibuka. Danial meletakkan kasutnya di rak kasut yang disediakan. Iskandar masuk dan terus menarik keluar buku biologinya dari rak buku. Danial duduk di atas sofa yang berwarna merah hati sambil mengeluarkan handphonenya. ‘Akai ito’ tergantung kemas di handphonenya. Mesej masuk.
Weih, aku ngan Zariff x jadi jamming ari nie.. busy! Ade aktiviti club~ jaa!
-KID-
“ Is, yang lain tak jamming hari ni. Busy, ada aktiviti kelab. ” Danial menyimpan semula handphonenya ke dalam poketnya semula. Iskandar mengangguk. Danial duduk sambil merenung jauh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“ Well, nampaknya kita dah jumpa bassist kita.” Iskandar merangkul bahu Danial. “ Welcome to this band, Antique Cafe. Danial..” Danial mengangguk pantas. Zariff meletakkan drumsticknya dan menghulurkan tangannya.
“ Boku wa Zariff atau dalam bahasa melayu, aku Zariif. Hajimemashite.” Danial menyambut tangan itu. Kid menghulurkan tangannya. Wajah babyfacenya terukir senyuman.
“ Watashi wa Shakid AKA kid. Nama panjang kau siapa?” tanya kid.
“ ak.. aku Danial. Danial Affan. Terima kasih sebab sudi terima aku.”
“ Daijoubu. Takde hal lah. Tapi hope kau boleh lah terima style kami. Kau boleh tahan ke dengan imej kami? Visual kei?”
“ aku boleh terimalah sebab aku pun kipas susah mati jepun.” Danial menolak cermin matanya keatas sekali lagi.
Iskandar mengambil keychain handphone dari laci almari studio. Keychain reben yang berwarna merah dan dia meletakkan keychain itu ke atas tangan Danial.
“ Ambil ni. ‘akai ito’.. Reben ni simbol satu ikatan yang kuat. Simbol persahabatan. Aku harap kita kekal sampai bila-bila.” Zariff dan Kid mengangguk dan mengeluarkan handphone mereka masing-masing. Keychain yang sama tergantung di handphone mereka.
“ Danial, kau tahu tak lagu Bonds Kizuna? An cafe? ” Danial mengangguk. “ So, let’s start guys!”
Hontou ni taisetsu de hitsuyou na mono wo yubi ori kazoete 1.2.3.4
Daiji na mono wa kekkyoku sukunai Ato wa taitei iranai okazari
Hito wa kizutsuke kizutsukerarete hajime itami ga wakatte kunda ne
Nagai chinmoku Tsudzuiteiku hodo Hitori ga kowai to kanjite kunda ne
Musunda kizuna sae mamori toosenai nante Muryoku de taikutsu na ikimono de
Ah kizuna ga hodokete yuku koto nante Angai kantan na mono kamo ne
Ah hodoketa kizuna wo musubu koto wa igai to muzukashii
Danial tersenyum mengenangkannya.
‘Akai ito’
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Zariff menolak tubuh Iskandar dengan sekuat hati. Dia terjatuh terduduk. Handphonenya terjatuh. Kid memegang bahu Zariff dan cuba menenangkannya. Zariff menepis tangannya.
“ Kid! Kau jangan cuba nak halang aku! ” jerkah Zariff. Danial terkejut dengan perubahan sikap Zariff. Api kemarahannya semakin marah. “ Is! Kau ni kurang ajar! Kenapa kau kacau Illiya aku hah!? Aki sikitlah punya percaya kat kau. Ape punya kawan! Kau memang tak boleh harap. ” Zariff sekarang bagaikan letusan gunung berapi. Iskandar terkedu dan terkejut dengan kata-kata Zariff..
“ Wait.. wait.. wait, kenapa kau cakap macam tu kat aku? Aku tak faham.” Iskandar bangun dari jatuhnya. Dia menyapu-nyapu seluarnya yang penuh dengan debu.
“ Tak paham kau kata? Hey, Nas pernah beritahu aku yang kau date dengan Illiya dah banyak kalitapi aku tak percaya. Aku still percayakan kau. Tapi hari ni aku tengok dengan mata kepala aku sendiri yang kau date dengan Illiya. Aku..” belum sempat Zariff menghabiskan ayatnya Iskandar memintas. “ kau salah faham ni. Aku takde scandal pun dengan Illiya. Aku cuma..”Iiskandar serba salah untuk beritahu perkara yang sebenar. Sebenarnya, Illiya nak Zariff kurangkan jamming atau lepak dekat studio sebab pointer dia semakin menurun. Dia pun dah berjanji dengan Illiya supaya merahsiakan perkara ini. Takkanlah dia terpaksa mungkir janji? Tak mungkin lagipun tu kan amanah?
Zariff menolak tubuh Iskandar. “ Cuma apa?! Dasar penipu!” Zariff mengeluarkan handphonenya dari poket. Akai ito di rentapnya. Dia mencampakkan ‘akai ito’ ke arah Danial. “ Nah! Tak guna akai ito ni aku simpan kalau kau sendiri yang mengkhianati persahabatan kita.” Zariff bergegas keluar dari studio. Iskandar meraup wajahnya.
‘alamak, apa yang aku dah buat. Kalau tahu nak jadi macam ni, aku takkan berjnji dengan Illiya.’ Iskandar mengutip ‘akai ito’ yang di campak oleh Zariff tadi. ‘cari Zariff!.’ Iskandar berlari keluar.
“ Is! Iskandar!” danial memanggil nama Iskandar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mata Iskandar melilau mencari Zariff. Tiba-tiba mata menangkap susuk tubuh Zariff di seberang jalan. Dia sedang merenung handphonenya. Kosong.
“ Zariff! Gomen ne!” jerit Iskandar dari seberang jalan. Dia mengangkat ‘akai ito’ yang berada di tangannya. Dia menoleh kiri kanan dulu sebelum melintas. Jalan lenggang. Dia berlari-lari anak menyeberang jalan. Secara tak senjaga, ‘akai ito’ di tangannya terlepas dan terjatuh di atas jalan. Dia berpatah balik untuk mengambil ‘akai ito’ dan tiba-tiba muncul sebuah kereta Proton Waja hitam. Kereta itu meluncur laju dan menghampiri Iskandar dan..
“ Is!” jerit Danial. Iskandar terdengar namanya di panggil. Dia pandang hadapan. Biru. Indahnya langit ciptaan tuhan. Badannya terasa kebas. Tapi kenapa? Dia cuba mengangkat tubuhnya tapi tak mampu.
Tangannya mengenggam erat ‘akai ito’. Langit biru tadi semakin pudar. Danial dan Zariff menghampirinya. Wajah mereka tampak cuak.
“ Is! Is! ” Zariff memanggil namanya. Dia terduduk di sebelah Iskandar. Orang ramai mula mengerumuni mereka. Ada yang berlari meminta bantuan. Iskandar mengangkat tangannya perlahan-lahan dan meletakkan ‘akai ito’ di atas tangan zariff. Zariff mengenggamnya.
“ Zariff.. aku minta maaf..” Iskandar mengukir senyuman. “ Weih, aku sebenarnya takde apa-apa pun dengan Illiya. Aku dah berjanji dengan dia yang aku akan rahsiakan perkara ini tapi aku terpaksa mungkir janji. Actually, Illiya nak kau kurangkan jamming atau lepak dekat studio sebab pointer kau semakin menurun. Tu lah sebab aku selalu lepak dengan Illiya. Bincang pasal kau. Aku.. aku minta maaf tau?.. ” darah merah mula membasahi baju birunya. “ Nanti cakap kat Illiya yang aku minta maaf sebab aku dah mungkir janji. Zariff, ak.. aku..” suara Iskandar semakin perlahan, perlahan dan hilang. Iskandar memejamkan matanya. Mungkin untuk selamanya?
“ Is?..” senyap
“ Is! ”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Air mata yang cuba ditahan tadi mengalir jua. Perasaan sedih tak dapat di tahan lagi. Illiya menyeka air matanya yang mengalir.
“ Aku sedihlah. Macam mana boleh jadi macam tu? ” Illiya mengambil tisu di atas meja. Danial menahan sedihnya. Kid yang duduk di sebelahnya menangis sampai terhenjut-henjut bahunya. Merah hidungnya. Danial memepuk bahunya. “ Jangan sedih sangat. Aku nak nangis tengok kawan aku menangis.” Kid mengangguk-angguk sambil mengesat air matanya.
Zariff yang dari tadi senyap bersuara. “ Eleh, biasalah. Kenapa korang nak sedih sangat. Biarlah kat dia. Padan muka.” Tiada nada dalam suaranya.
“ Kau ni tak rasa sedih ke? Takde rasa simpati betullah dalam diri kau.” Illiya membangkang kata-kata Zariff. Kawannya, Kate menggangguk-angguk di sebelahnya.
“ Laa, cerita code geass ni pun boleh buat korang nangis ke? Sedih sangat ke Rolo mati?” Iskandar tergelak. “ Hoi Kid, dah-dah la tu. Hah! Danial, kau pun sama ke?” Danial mengesat air matanya. “ Mana ada.. mata aku masuk habuk laa..” Zariff dan Iskandar tergelak serentak.
Iskandar terpandang akai ito yang tergantung di telefon Danial. Dia tersenyum dan memaut bahu Zariff.
“ Well, kuat jugak aura ‘akai ito’ kan? ” Iskandar memandang Danial dan Kid.
“ Yup! ” jawab mereka serentak. Danial mengangkat handphonenya dan memandang akai ito nya.
“ Akai ito..”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Akai ito- benang merah dalam tradisi jepun untuk mengikat persahabatan.
Sumisamen- maaf/tumpang tanya
Boku wa Zariff desu- aku Zariff
Watashi wa Kid desu- saya Kid
Daijoubu- tak mengapa
Gomen ne- maaf
Comment please~
No comments: