Come On Guys~Click it!

menu campus life cerpen novel penulisan doodles

music for my life and my soul~

New Story! (Cerpen) Miss Everything Must Perfect V/S Mr Clumsy -FULL STORY-



Miss Everything-Must-Perfect vs. Mr Clumsy

Sofia atau lebih kenali sebagai Sofie sedang membaca buku nota kecilnya yang berwarna purple gelap sambil berjalan. Dia mengeluarkan pen Parker silvernya yang terukir namanya dari poket bag sandang birunya. Beberapa perkara penting telah di catatnya untuk di pertengahkan dalam mesyuarat persatuan pelajar nanti. Sedang asyik menulis..

Ouff! Sofie terlanggar sesuatu, seseorang?

Bagaikan pelanggaran antara Kereta Ferrari dan Lamborghini. Dunia terasa bergerak laju sebentar dan terbuktilah kesahihan theory law of gravity Isaac Newton. Terhentak punggungnya ke lantai. Dia mengaduh sakit. ‘Ouch, Hish!’ gertak Sofie dalam hati kecilnya. Siapa pulak la yang clumsy sangat nih. Eh? Dia yang langgar orang ke orang yang langgar dia?

“Eh, sor..sorry..sorry.. Saya tak nampak awak tadi. Nak cepat.” Orang yang terasa bersalah tu menghulurkan tangannya meringankan beban. Chewah~ Sofie menepis tangannya.

“Lain kali mata tu buka luas-luas. Jangan nak letak kat lulut. Hish, menyusahkan orang je.” Sofie bangun dari jatuhnya sendiri tanpa bantuannya. Dia memandang orang di hadapannya. Menilai penampilannya. Hmm.. kot sekolah tak berbutang, wayar earphone tergantung di telinga kirinya dan tangannya memegang buku nota kecil yang berwarna purple. ‘Hmm.. sama pulak dengan buku aku’ fikirnya. Eh? Dia memandang sekeliling mencari bukunya.

“Er, awak nah buku awak.” Dia menghulurkan buku di tangannya sambil tersenyum lebar. Sofie menyambut kasar. Baginya orang macam ni tak boleh nak bagi muka sangat.

“Let me get it straight. I don’t want to see you again. I hate people like you. Jeez.. just go away from me. MR. CLUMSY.” Sofie berlalu begitu saja meninggalkan dia yang dalam state terkejut, terkaku, terpaku apa-apa TER yang boleh dipakai.~ 2 orang pelajar lelaki datang menghampirinya.

“Hoi! Neal. Whats up?” Tiada respon.. Krikk, Krikk.. cengkerik mai tumpang lalu. “Hoi Neal! Snap it out!” Waiz mengoncangkan bahu Neal. Neal memfokuskan pandangannya kepada Waiz.

“Garang giler. Aku tak buat salah ape pon. Dia yang langgar aku dulu. Bukan aku. Hish, takpe. Sabar jer la. Apa boleh buat. Dia kan perempuan. Gurls kan memang emo. Nak-nak time kemuncak die orang. Tapi, tak puas hati gak ak- ” belum sempat Neal menyambung bebelannya di potong oleh Waiz.

“Dah-dah kau tu kalau start mumbling tak henti.” Waiz tersenyum kecil mengenangkan tabiat rakannya yang sejak dari kecil lagi~

“Kau tau tak sape yang kau langgar tadi?” Tanya Sam sambil memaut bahu Neal. Neal mengeleng. 

“Memperkenalkan, Miss Tengku Sofiah Syafreen. Vice President of P.P, persatuan pelajar. Pemegang tali pinggang hitam dalam karate dan tae kwon do. Miss Everything Must Perfect. Sayang giler. Muke dah comey tapi garang nak mampus. Kau tau tak? Kalau dia pandang direct kat someone, orang tu akan di timpa nasib malang~!” seperti ada angin dari lautan Antartika datang bertalu-talu meniupkan rasa dingin. Mereka mengigil serentak.

“Dah lah. Aku tak kisah. Ape pun budak tadi..sape ntah name dia tadi? Oh, Miss Sofiah tadi tu manusia gak. Same macam kita. Buat apa nak takut?” Waiz dan Sam mengangguk perlahan mengiakan kenyataan itu.

Personaliti Neal tak pernah berubah sejak dari kecil lagi. Sentiasa fikir yang positif saja. Jarang sekali Waiz nampak Neal dalam keadaan yang agak negative macam sedih ke? Marah ke? Sentiasa cool dan tenang~. Mungkin disebabkan penyakitnya. Sigh~ Waiz mengeluh kecil. Mereka terpisah sejak 5 tahun  yang lepas dan bertemu semula bulan lepas kerana papa Neal pindah semula ke sini atas urusan syarikat.

“Dah la.. Jom masuk kelas.” Waiz menarik kedua-dua rakan baiknya.

**********

Zara menyelak helai kertas yang telah siap di print. ‘Perfect! Program ni dah boleh dijalankan.’ Soraknya di dalam hati. Dia melemparkan senyuman lebar kepada Sofie baru melangkah masuk dari pintu bilik persatuan pelajar. Wajah Sofie kelat. Macam makan cuka je.. eh? Kelat ke masam? Argh, lantaklaa~

“Kau ni pe sal pulak? Masam mencuka jer.” Zara tersenyum kecil melihat wajah rakannya. Sofie memang ade masalah nak kawal temper dia. Silap hari bulan meja kerusi dicampaknya. Mungkin sebab kegarangan dia yang menyebabkan dia terpilih untuk menjadi ahli persatuan pelajar? Siapa tahu?

“Ish, aku geram giler ar dengan sorang mamat nih. Suka hati nenek moyang dia jer nak langgar aku. Cis. Bengang aku.” Sofie mengepal penumbuknya. Berapi-api aura dari Sofie. Zara mencapai air mineral dari peti ais mini dan memberikannya kepada Sofie sebelum dia sempat membakar apa-apa dalam bilik itu.

“Erk. Apa yang dia buat kat kau?” Tanya Zara sambil menyipas si Sofie untuk mengurangkan tempernya.
“Slumber bederk jer dia langgar aku. Ingat aku ni hape? Main rugby hape?” Sofie memuncungkan mulutnya tanda protes.

“Okay, sekarang ni tarik nafas..” Sofie menarik nafasnya. “..lepas” dia melepaskan nafasnya. “Okay dah?” Sofie mengangguk kecil. Zara tersenyum dan menarik Sofie bangun. “Dah lah. Jom pergi bilik mesyuarat. Nanti lambat pula.”

“Yes boss!”

***********

Suasana dalam bilik mesyuarat agak kecoh dengan pembincangan dari pelbagai pihak. Sekarang masa untuk Zara bangun untuk membentangkan usulnya. Semua mata tertumpu ke arahnya. Dengan lafaz bismillah dia memulakan pembentangnya.

“Okay. Hi semua. Zara nak passing nama-nama untuk program ITO. Seperti yang telah dipersetujui oleh bahagian pentadbiran, program nih akan dijalankan esok. By the way, for your information.. nama-nama yang Zara bahagikan tu by cabutan tau? So, please do not complain.” Zara mengedarkan helaian kertas yang di printnya sebentar tadi. Qayyum, biro kebajikan mengangkat tangannya. “Yes Mr. Qayyum?”

“Zara, cuba awak terangkan sikit program nih. Saya kurang faham laa."

“Okay, program ni sama macam program mentor menti yang pernah batch tahun lepas buat. Tapi khas untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli kumpulan.” Semua orang mengangguk faham. Sofie menyemak namanya.

‘Hmm..Tengku Sofiah Syafreen.. ahli kumpulan.. Neal Muhammad Izzat. Eh,peliknya nama. Takpe-takpe.. I waiting forward to meet you Mr. Neal.’ Sofie tersenyum sinis.

*********

Sofie mengeluh buat kali yang keempat. Dia melihat jam tangan Bumnya. ‘Hish, lembab betul lah mamat nih. Aku luku juga kepala dia nanti.’ Rungutnya. Sofie memang benci menunggu. Kalau tak di sebabkan untuk kredit graduasi, takde mau nya dia nak menunggu. Dia terdengar bunyi tapak kasut orang berlari. ‘akhirnya!’

“Maaf, saya terlambat. Saya kena pergi pejabat tadi.” termengah-mengah Neal mencari oksigen. Sofie berpaling ke arah pemilik suara itu. Matanya membulat besar.

“YOU?!” Sofie terkejut. Tak sangka si Mr. Clumsy nih group partnernya.

“Oh, hi.” Neal tersenyum lebar. “So, mm..what should I call you? Hmm..Miss Sofiah? Miss Syafreen?”

“Panggil aku Sofie jer. Kau jangan gatal-gatal nak panggil nama lain. Apesal laa aku satu group dengan kau? Nasib malang betul laa~ Nama kau Neal kan?” Neal mengangguk. “So, aku panggil kau Neal jer. ”

“Okay.” Neal menunjukkan sign good.

“Okay.. kau dengar sini baik-baik. Sekarang officially kau kiranya macam menti aku. Aku pulak mentor kau. So, apa pun arahan aku kau kena ikut. Even if it is ridiculous, tak masuk akal. Faham?” Neal mengangguk faham. “Okay. Nak amek nih.” Sofie menghulurkan soalan add math. “Habiskan malam ni jugak. Faham?” Neal mengangguk sekali lagi tanda faham. “Dah, dismiss.” Sofie berlalu pergi. Neal melihat semula soalan add math yang baru saja di terima.

‘Gila! 100 soklan? Sigh~’ Neal mengeluh kecil. ‘Tak tidur laa aku malam ni.’

*********

Sam dan Waiz melangkah masuk ke kelas. Suasana kelas seperti biasa except for.. Neal tidur dalam kelas? Mereka berdua menuju ke arahnya. Waiz menarik kerusinya dan duduk di sebelah Neal.

“Neal? Oyt, bangun la..” Waiz menepuk-nepuk bahu Neal. Neal mengangkat kepalanya dari lengannya. Nampak sangat macam tak cukup tidur. Dengan mata pandanya. “Wei, kau tak cukup tidur ke? Buat apa? Haha, mata kau dah macam panda dah.” Waiz tergelak kecil.

“Kalau kau pergi China, silap-silap dia orang ingat kau nih panda.” Sambung Sam. Neal mencebikkan mulutnya.

“Aku buat soalan add math laa semalam. Ngantuknya~” Neal menguap tapi sempat menutupnya dengan tangan. Sam dan Waiz pelik.

“Soalan add math? Aku rasa kita takde homework add math semalam. Pesal tetiba jer kau rajin buat nih?” Tanya Sam. Neal menggosok-gosok matanya ngantuk.

“Sofie suruh buat. 100 soalan semalam. Penatnya aku. Baru tadi jer siap.” Neal menghalakan jari telunjuknya ke timbunan kertas di dalam lokernya. Mau 5cm tebal kertas tu.

“Sofie? Jap-jap.. Sofie, Tengku Sofiah Syafreen?” Neal mengangguk. Sam dan Waiz menelan air liur serentak. Terasa sejuk dan seram sehingga ke tulang hitam. Mereka memegang bahu Neal. “Neal kau okay tak?” Tanya Waiz.

“Dia ada buat apa-apa kat kau tak?” sambung Sam. Neal menggelengkan kepalanya.

“Dah la korang. Aku nak pergi hantar kerja aku.” Neal bangun dari tempat duduknya dan menuju ke lokernya untuk mengambil jawapan add mathnya. Mereka tercengang dan hanya mampu memerhati Neal keluar dari kelas.

‘Sigh~’ keluh Waiz. Dia berharap Neal tak overwork. Sofie tu terkenal sangat dengan sifatnya yang suka mengarah orang dan garang~

********

Neal menarik nafas panjang sebelum mengetuk pintu bilik persatuan pelajar. “Masuk.” Suara dari dalam bilik memberi kebenaran untuk masuk. Neal melangkah masuk sambil melihat keadaan sekeliling. Hanya 2 orang pelajar sahaja di dalam bilik itu termasuk Sofie. Sofie tersenyum sinis melihat kehadiran Neal.

“Okay. Aku dah siapkan da.” Neal meletakkan answer bookletnya di atas meja Sofie.

“Semua sekali?” Tanya Sofie. Neal mengangguk. ‘hmm.. not bad, hebat jugak mamat nih. Takpe, aku ade banyak peluang nak kenakan mamat nih lagi.’ Sofie memandang Neal. “Sekarang kau ade kelas?” Neal menggelengkan kepalanya. “Okay, pergi turun sekarang. Kau bagi handout ni dekat Naim kelas 5 Ruby, hantar surat ni kat pejabat, memo nih kau hantar dekat bilik sukan dan buku-buku nih kau hantar dekat library. Pastu datang sini bawak balik buku yang dalam list ni. Dalam 15 minit jer. Aku ada hal pasni. Cepat sikit.” Neal tercengang.

‘Banyak giler list kerja aku. Program nih memang macam nih ke? Sigh.. takpe la.. bukan selalu~’ Neal mengangkat satu-satu barang yang telah di berikan oleh Sofie. Dia melemparkan senyuman ikhlas kepada Sofie sebelum keluar dari bilik itu. Zara pelik melihat kelakukan Sofie.

“Eh, bukan kerja-kerja tu AJK bawah kau ke yang uruskan. Pesal kau suruh mamat tu? Banyak pulak tu.”

“Miss Zara, that is the person I hate most. Ingat tak time aku cerita pasal sorang mamat nih main langgar aku jer?” Zara mengangguk. “Hah, tu la mamat tu. Neal.” Sofie menyambung semula kerjanya yang terbengkalai.

“Tapi kan, aku tengok dia okay jer.” Betul tiada apa yang kurang pada Neal. Nampak baik jer. Lagipun lelaki lain mesti dah mengamuk kalau perempuan suruh dia orang buat macam-macam. Tapi Neal cool jer.. bukan senang nak jumpa orang macam tu.

“Dear, don’t jugde book by its cover.” Zara hanya mampu mengeluh saja mendengar statement Sofie.

“Ikut suka kau laa.. you are the master of yourself.”

********

Neal mengheret langkahnya ke kelas setelah menyiapkan tugasan yang diberikan. Cikgu belum lagi masuk untuk mengajar. Sam dan Waiz memandang Neal serentak sejurus sahaja dia duduk di tempatnya. Neal nampak penat.

“Eh, kenapa kau lambat?” tanya Sam kehairanan.

“Aku ada hal sikit.” Tipu Neal. Tapi Waiz dapat mengesan pembohongan Neal.

“Si Miss Everything Must Perfect tu suruh kau buat apa lagi?” dia memandang tepat ke wajah Neal. “Neal aku kenal kau lama dah. Since kita kecil lagi. So, kau tak boleh tipu aku. Aku dah macam keluarga kau sendiri. Aku kenal sangat dengan perangai kau.”

“Waiz, its nothing. Ala, benda simple-simple je.” Neal melarikan anak matanya ke tempat lain.

‘Sigh..’ Sam mengeluh. “Neal, kau tu bukannya sihat sangat. Kau tak payah la nak layan sangat Si Naga tu.”

“Its okay guys. Lagipun ni untuk graduasi kan? Kalau tak aku tak boleh nak grad. Untuk masa depan aku juga.” Waiz mengalah.

“Ups to you. Tapi kalau jadi apa-apa aku tak tanggung.” Waiz menarik mukanya. Neal mencebikkan bibirnya.

“Ala..merajuk pulak baby tua nih.. ala kuci-kuci..” Neal mencubit kedua-dua belah pipi Waiz.

“Oyt, sakit la.” Dia meraba pipinya.

“Macam budak kecik laa korang nih..” Sam tergelak melihat perangai rakannya. Mereka berdua menjelir lidah serentak dan ketawa.

********

Neal menguap buat ketujuh kalinya. Masuk hari ni, dah lebih seminggu dia tidak mendapat tidur yang secukupnya. Dia memandang sekelilingnya. Bilik persatuan pelajar sunyi. Hanya ada mereka berdua sahaja dengan Zara. Itu pun Zara tertidur. Langit kelihatan mendung. Sofie di hadapannya kelihatan tenang menyalin nota biologynya.

“Weh, Kau.” Suara Sofie mematikan lamunannya. Neal memandang Sofie yang masih menundukkan kepalanya menyalin nota. “ Kenapa nama pelik sangat hah?” tanyanya kehairanan. Ye laa, mane ada nama orang pelik cam tu kat Malaysia nih. Setahu dia la..

“Kenapa?” Neal menyoal dirinya semula. “Oh, actually nenek yang bagi nama nih.. nenek aku asalnya duduk dekat America pas tu pindah ke Malaysia lepas jumpa atuk aku. Nama aku ikut nama abang kepada nenek aku, Neal Burke. Dia meninggal time nak selamat kan nenek aku dari kebakaran. Di sebabkan keberaniannya, nenek aku bagi nama nih kat aku.” Neal menghabiskan ceritanya dengan senyum kecil.

Sofie mengangkat mukanya tanda minat. Mata mereka bertentang. Barulah Sofie perasan yang sebenarnya warna mata Neal unik. Biru langit. Cantik! Rambutnya pulak hitam plus keperang-perangan sikit. Macam ada blonde sikit gak. Unik! Mukanya nampak matang tapi ada terselit ke-babyface-annya. Comel. Eh? Comel? Sofie tiba-tiba tersedar yang dia merenung muka Neal terlampau lama. Dia melarikan pandangannya. Malu.

Bunyi guruh dan hujan lebat menyedarkan Sofie tentang sesuatu yang penting yang belum dilaksanakannya. Dia segera bangun dari tempat duduknya. Macam duduk atas kerusi panas pulak.

“Alamak! Habislah anak pokok aku!” Sofie terlupa nak cover anak-anak pokoknya di tapak semaian untuk projek Biologinya. Air hujan akan menghakis tanah seterusnya akan merosakkan anak pokok tu.

“Meh, aku tolong. Kau tunggu sini.” Neal bangun dan menutup bukunya yang ternganga luas. Sofie baru sahaja hendak buka mulut untuk menghalang. “Aku tau kat mana. Dont worry. Besides, kau kat pompan.” Dia berlalu keluar. Sofie terkedu.

‘Kenapa dia baik sangat dengan aku? Padahal aku banyak susahkan dia.’ Sofie terduduk. Mengenangkan kesilapannya.

Selepas 20 minit Neal bertarung dengan ribut.. Ribut laa sangat.. dengan hujan lebat, dia kembali dalam keadaan yang basah lencun. Dia mengigil kesejukkan. Terdetik dalam hati Sofie perasaan kasihan. Dia melemparkan tuala kering ke arah Neal.

“Nah, amek nih. Kang tak memasal basah bilik nih. Dah la banyak kertas penting.” Sofie duduk semula di tempatnya. Zara yang terjaga 5 minit yang lepas tersengih melihat reaksi Sofie. Macam Tsundere. Neal tersenyum.

“Thanks.” Tuturnya. Sofie mengangguk perlahan.

********

Waiz memandang Neal yang sedang nyenyak tidur dalam perpustakaan. Dia pelik sebab selama nih Neal tak pernah tidur dalam library dan Neal akan hanya tertidur bila dia kepenatan atau..
“Neal?” Waiz menepuk  bahunya. “Neal kau okay tak?” Neal mengesat matanya. Dia mengangguk kecil. Waiz memerhati wajah rakan baiknya. Pucat. “Neal, honest with me. Kau okay tak?”

“Aku pening sikit la.. but i’m okay.” Neal melemparkan senyuman hambar. Waiz meletakkan belakang tangannya ke dahi Neal. Panas.

“Neal! Panasnya!” Waiz menjerit. Pegawas perpustakaan memandang Waiz sambil meletakkan jarinya ke bibirnya tanda senyap. Waiz meminta maaf tanpa suara. “Neal badan kau panas nih. Kau main hujan ke semalam?” Neal menggeleng. Waiz memapah Neal bangun. “Jom ke bilik sakit.” Neal mengangguk kecil.
Waiz memegang lengan Neal dan memapahnya perlahan-lahan. Dia terasa bengang melihat rakannya sakit dan dia tahu berpunca dari apa dan siapa... dan, kebetulan..punca masalah lalu dihadapannya.

“Eh, Neal.” Sofie menegurnya. Neal tersenyum kecil. Waiz bengang. Apa lagi laa perempuan nih nak kat Neal. Tak sudah-sudah nak menyeksa kawan aku nih.

“Kau nak apa lagi? Tak habis-habis nak seksa kawan aku. Orang macam kau tak patut di tolong. Sia-sia jer. Tak layak kau jadi ahli persatuan pelajar.” Marah Waiz. Sofie bengang sebab tak semena-mena dia di marahi.

“Kau apehal pulak. Tetiba jer nak tuduh aku macam-macam.” Waiz melepaskan Neal pegangannya. Dia menolak bahu Sofie.

“Sebab kau, kawan aku sakit. FYI, for your information, Neal nih low blood pressure, anemia. Dia senang sakit. Neal tak pernah merungut apa-apa pun. Dia terima jer apa yang kau buat. Tapi janganlah pijak kepala dia pulak!” Neal menarik Waiz untuk pergi dari situ. Namun gagal. “Neal, biar aku setelkan masalah kau kalau kau tak nak setelkan.” Neal mencengkam lengan Waiz.

“Waiz, stop.. it wouldn’t worth it. Aku kena hujan semalam bukan salah Sofie. Aku yang volunteer nak tolong. Please stop it..” Neal memegang dahinya. Terasa pening. “Waiz?..” dia rebah.

“Neal!”

************

“Neal? Sayang?” Neal membuka matanya perlahan-lahan. Putih? Kepalanya terasa pening. Hospital? Dia menutup semula matanya. “Neal?” suara tu memanggilnya semula. Dia membuka matanya semula. Terserlah wajah risau mamanya.

“Thanks god.. risau mama dibuatnya. Sigh.. ” mamanya mengeluh. “Okay la.. mama nak call daddy kamu.. dia on the way dari metting. Waiz tolong auntie jaga Neal okay?” Waiz menggangguk dan tersenyum. 

‘Aik? Sejak bila Waiz ada kat sini?’ Fikir Neal. Mama Neal keluar dari bilik Neal. Waiz duduk di sebelah katil Neal. Dia mengeluh.

“Neal? Kau okay?” Neal mengangguk kecil. “Risau aku. Nasib baik tak jadi apa-apa.. temperature kau tadi hampir 39 darjah celcius tau? kau nih degil betul. Apa laa yang aku nak buat dengan kau nih..” Waiz mengeluh sekali lagi. “Sam dah macam orang gila tadi. Risau giler dia kan kau. Aku suruh dia balik dulu. Tukar baju. Kang tak memasal dia pun masuk hospital gak. Dia tu mana boleh gelabah sikit. Kang dari sihat kang jadi sakit kang. Terlanggar semua benda. Dinding pun dah tak kenal.” Neal ketawa kecil. Waiz tersenyum. Pintu bilik Neal kembali dibuka. Tetapi yang masuk bukan mamanya. Siapa dia? Perempuan pulak tu..

“Um, hi Neal.” Tegurnya. Waiz bangun dari tempat duduknya.

“Aku nak call Sam sat. Uh.. okay.” Waiz keluar dari bilik Neal. Senyap. Masing-masing buntu. Nak mula cakap ke?

“Um..” kata mereka serentak. Neal ketawa kecil. Kelakar.

“Awak nih siapa ek? Sorry. Saya macam tak pernah nampak awak pun before nih.” Tanya Neal. Macam kenal jer.

“Weh, aku Sofie la..”

“SOFIE!?” Neal terkejut. Lain giler! Gaya santai jer minah nih. Seluar jeans hitam, t-shirt belang hitam merah, sneakers? Bum hitam pink. Yang paling penting spek nerd dia jadi spek trend sekarang? OHSEM~ ingatkan minah nih jenis yang pakai baju feminine jer 24 jam. Cool~

“Er.. ni laa gaya aku kat luar dari sekolah. Um.. well spek nerd tu and gaya garang aku untuk menampakkan ketegasan aku. Yelaa.. aku kan ahli persatuan pelajar.. macam mana nak pimpin pelajar kalau aku nampak lembik kan?” Neal masing lagi tercengang. “Dah laa terkejutnya. Tak habis lagi ke?” Sofie menegur perangai Neal. Neal tersenyum simpul. Tanda malu.

“Hee.. maaf.”

“um.. actually.. aku nak minta maaf kat kau.” Sofie tertunduk malu.

“Kenapa pulak?” tanya Neal. Pelik.

“Sebab aku kau sakit teruk. Aku tak tahu immune badan kau lemah. Sorry sangat-sangat.” Tuturnya ikhlas.

“Eh, kau tak buat salah apa-apa pun. Aku tak pernah marah kat kau. Chill laa~” Neal tersenyum. Manis! Waiz dan Sam memilih waktu itu untuk masuk ke bilik Neal. Sam tercengang. Jaw drop.

“Sape nih? Eh, jab tapi aku macam kenal jer. Eh, tak kan laa minah sempoi nih Sof..” belum sempat Sam menghabiskan ayatnya Sofie menyambung ayatnya.

“Yup, aku Sofie. Um, guys.. aku pun nak minta maaf kat korang sume. Im sorry for all my bad behavior.” Pintu bilik Neal diketuk dan dibuka. Lagi? Muka Zara terpacul.

“Hi Neal!” sapanya. Neal dengan Zara dah start mesra time dia, Sofie dan Neal lepak dalam bilik persatuan untuk siapkan homework hari tu. 

“Hi Zara.” Neal menegur semula. Waiz terasa hilang segala marahnya kepada Sofie setelah dia meminta maaf. Sebetulnya dia mencuri dengar tadi.. Actually, dia tak pernah pun marah kat Sofie tapi perangai Sofie yang childlish tu yang buat dia marah.

“Okay. I accepted your apology. So.. can we be friends?” Usul Waiz. Zara dan Sofie saling berpandangan. Mereka tersenyum.

“Okay!” Neal, Sam, Zara dan Sofie menjawab serentak. Mereka ketawa bersama.

‘i hope this friendship everlasting....’ Neal tersenyum memandang rakan-rakannya..


---------------------------------------------
haaaaa~ how is it? bad? good? just tell me~
heeee...

i still cant write romance genre.. so i change it to friendship genre..

p/s- because i never in love (in relationship...)..n never has someone to love~ ^^

HITS THE LIKE, COMMENT THIS POST AND CLICK MY NUFFNANG! I WANNA COSPLAYING!

7 comments:

Anisa Anuar said... To Reply Click Here~

bg Neal punyer phone number...nak kenal dia laa...hehehe...nice story...betul...hehehhe...
baca sampai habis taw

Sammy Winchester said... To Reply Click Here~

@Anisa Anuar
heee~tengs nee san~!

Anisa Anuar said... To Reply Click Here~

kalau buat part by part pun okay jugak... antara 1 part tu pnjg pun dh okay..

Sammy Winchester said... To Reply Click Here~

@Anisa Anuar
haha~ sammy wat panjang coz dulu ader orang complaint cite sammy pendek >.<

dariilhamkehati said... To Reply Click Here~

fuhh , rase cm nak kena hempuk je sofi tuh , ha ! 1st CP baca macam quite similar ngn manga jepun je , hehehe ~~

Sammy Winchester said... To Reply Click Here~

@cweet pinky
heee~ tengs coz sudi bace>.<

AnakPakZohar said... To Reply Click Here~

alahai comelnye neal demam pulak.. haha.. juz nice n cute diz story.. keepidup gurlz.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...