Come On Guys~Click it!

menu campus life cerpen novel penulisan doodles

music for my life and my soul~

KIZUNA -the bond- [Chaptire 1]



KIZUNA -the bond- Chaptire 1

Prologue: Thanks mystery!


            Dia memerhati gerak geri pengawas sekolahnya, Danial yang juga dianggap sebagai musuh ketatnya. Perasaan amarahnya cuba ditahan supaya tidak dapat merosakkan rancangan kejinya. Danial kelihatan khusyuk dengan buku notanya.
           
‘Mana pula budak junior nerd ni’ getus hatinya. Rafiq melihat jam tangannya yang jelas menunjukkan angka 3.23 PM. ‘Hah! Lembab. Nasib baik kau dah sampai. Kalau tak dengan kau aku belasah sekali.’ Dari jauh terlihat kelibat budak juniornya berlari kearah Danial dan melaporkan sesuatu. ‘Yes! Pandai juga mamat ni berlakon.’ Rafiq bergegas ke belakang sekolah untuk menebus dendamnya.

Danial berlari ke belakang sekolah setelah  menerima laporan bahawa seorang murid tercedera. Sampai saja di belakang sekolah dia terkejut. Kosong. Tidak seperti yang di laporkan. Belum sempat Danial mengangkat kaki untuk beredar dari situ, dia ditumbuk seseorang dan jatuh. Dia bangun semula.

“Rafiq?”
           
Rafiq menarik kolar baju Danial sambil memandang Danial dengan pandangan yang tajam. Perasaan marahnya semakin meningkat dengan memandang wajah ‘budget’suci Danial. Dia menghayunkan tangannya menumbuk muka Danial. Satu tumbukan cukup untuk membuatkan bibir Danial berdarah dan cermin matanya yang berjenama Polo Sport yang berbingkai hitam penuh itu terlucut daripada wajahnya.

            “Aku cukup meluat dan benci kalau ada manusia yang suka masuk campur hal aku!”

            Rafiq menolak tubuh kecil Danial. Dia terlanggar meja-meja yang rosak di dalam stor itu dan mengaduh sakit apabila serpihan-serpihan kayu yang tajam mencalarkan kulitnya. Dia memandang Rafiq walaupun dia tidak dapat melihat dengan sempurna tanpa cermin matanya.

            “Apa bendanya yang aku buat sampai kau marah sangat kat aku?” tanya Danial. Dia sikit pun tidak faham apa yang dikatakan oleh Rafiq.

            “Kau tanya aku balik?” Rafiq menarik kolar baju Danial. “Kau tanya benda apa? Kau ni memang nak makan penumbuk aku kan?”

            “Betul, aku tak tahu apa-apa” jawab Danial jujur.

Rafiq tersengih. “Kau ni memang nak mati awal” Rafiq mengeluarkan pisau lipat yang tersimpan kemas di dalam poket bajunya. “Kalau aku rosakkan muka comel kau macam mana?” Danial memandang pisau yang di keluarkan oleh Rafiq. Dia mengangkat tangannya tinggi dan bersedia untuk merosakan muka Danial. Danial menutup rapat matanya seperti redha dengan apa yang bakal terjadi padanya.

            “Ya Allah, bantu lah hamba Mu yang dalam bahaya ini” doa Danial.

            Darah merah pekat mengalir laju membasahi baju Danial. Namun, Danial tidak merasakan sebarang kesakitan walaupun darah dirasakan seperti sudah banyak mengalir. Dia membuka matanya perlahan dan terkejut apabila melihat sesuatu atau lebih tepat lagi tangan seseorang sedang menahan mata pisau daripada menghiris kulitnya.

            “Apa yang kamu buat ni? Encik Rafique Amirruddin Bin Dato’ Daud? ” Rafique menjauhkan pisau yang berlumuran darah itu dari tangan lelaki itu.
           
“Eh, ak..aku tak buat apa-apa. Saja sembang-sembang.” Jawab Rafique. Ada gentar dalam suaranya.
           
“Takkan lah bersembang sampai keluarkan pisau dan nak cederakan anak orang?” Rafique menutup pisau lipatnya dan memasukkannya ke dalam poket. “Encik Rafique Amirruddin. Kalau tak silap saya kan, awak sekarang di gantung sekolah atas kesalahan merokok kan? Opps..” dia menekup mulutnya dengan tangannya yang tidak berdarah. “atau kesalahan yang saya lupa sebutkan, mengugut, cubaan mencederakan dan mencederakan orang? ” Dia mengambil pisau poket yang berlumuran darah itu dari poket Rafique. “So, better kalau awak pergi sekarang sebelum masalah ini saya panjang lebarkan. Hey come on lah.. fikir rasional lah. Jangan buat kerja sia-sia yang boleh menyusahkan kau dan semua orang.”

Rafique sempat menghadiahkan pandang tajam kepada Danial sebelum melangkah meninggalkan mereka. Danial meraba-raba lantai untuk mencari cermin matanya. Perasaan gementarnya sebentar tadi sedikit sebanyak membuatkan dia gelabah.

“Cari apa?” dia berhenti membahasakan dirinya secara formal.

“Cermin mata saya.”

“Jatuh ke? ” tanyanya. Dia tergelak kecil dan mengambil cermin mata Danial yang berada di tepi kakinya. Dia mengeluh kecil dan menggelengkan kepalanya sambil memegang cermin mata Danial. “Kenapa tak lawan balik? ” Danial berhenti mencari. Dia terduduk sambil merenung lantai.

“ Sebab.. sebab aku.. ” Danial memikirkan jawapan yang sesuai.

“ Takut? Tak berani?” Danial senyap. “Kau kena berani.Sebab, ini semua untuk kau. Kau kan pegawas. Mesti garang sikit. Sikit-sikit lama-lama kadi bukit. Try lah, insya-Allah kau akan berjaya. Haha.” Dia tergelak kecil. “Okay lah, aku nak blah dulu. Kerja aku berlambak. Kang tak memasal kerja-kerja aku yang bertimbun tu terbengkalai. Aku rasa mesyuarat aku dah nak start dah tu.”

“Ouch!..” Dia terjerit kecil apabila Danial tersentuh luka di tangannya.

“Wargh! Sorry-sorry.. tangan kau ok tak? Tangan kau berdarah banyak gila. Aku minta maaf.” Danial tunduk melihat luka ditangan lelaki yang telah menyelamatkannya walaupun pandangannya tanpa cermin matanya kelihatan samar-samar.

“Patutnya  aku yang minta maaf sebab baju kau basah dengan darah aku. Dah lah darah sukar nak ditanggalkan kesannya.” Balasnya dengan nada yang kesal.

“Takpe, aku okay je. Baju boleh di beli tapi nyawa tak boleh.” Danial mengoyakkan bahagian bawah bajunya. Penyelamatnya terkejut.

“Weh! Apasal kau koyakkan baju kau?”

“Nak balut tangan kau lah. Aku ada baju spare dalam bilik persalinan. Alang-alang baju ni dah tak boleh guna, baik aku tutup luka kau. Tapi nanti aku hantar kau ke sickbay. Aku rasa luka kau ni dalam. Nanti Nurse Richie boleh jahitkan.” Danial membalut luka itu dengan kemas. Penyelamatnya memicit-micit kepalanya dan berpaut pada lengan Danial. “Eh? Kau okay tak?” Tanya Danial dengan nada yang jelas kedengaran seperti risau dengan keadaan penyelamatnya yang terhuyung-hayang sedikit.

“Sorry-sorry, aku ada masalah kesihatan sikit. Relax lah, sikit jer ni. No biggie.nanti aku pergi sickbay sendiri. Kau pun patut pergi sickbay juga. Mana tahu kau ada luka kat mana-mana or hidden injury?” Danial mengangguk kecil tanda setuju.

“Oh, balik ni aku pergi jumpa papa aku je. Senang.” Wajah penyelamatnya jelas kelihatan keliru dengan kenyataan Danial. Danial tergelak kecil apabila gagal mendapat apa-apa respon dari penyelamatnya yang mungkin keliru dengan kenyataannya sebentar tadi. “Papa aku seorang doktor.”

 “Oh, senanglah kau. By the way, nah cermin mata kau. Nasib aku tak terpijak tadi.” Dia menghulurkan cermin mata berbingkai hitam penuh itu kepada Danial. “Alamak aku dah lambat nak pergi mesyuarat ni. Aku pergi dulu tau? Jaa nee!” Dia berlari meninggalkan Danial yang sedang khusyuk mengelap cermin matanya. Danial sendiri tidak sedar yang penyelamatnya sudah keluar meninggalkannya. Sesudah dia mengelap cermin matanya, baru dia perasan.

“Eh? Mana dia menghilang?” Danial cuba mencari penyelamatnya dikawasan sekeliling sekolah tetapi gagal.  

‘Dan siapa kau? Mystery Rescuer?’




-End Chaptire 1-

thanks for reading!~ do click the like, share it to Facebook and do COMMENT!~
thanks a LOT!~

HITS THE LIKE, COMMENT THIS POST AND CLICK MY NUFFNANG! I WANNA COSPLAYING!

2 comments:

AnakPakZohar said... To Reply Click Here~

suka baca cerita dekat sini.. semua cute2.. =)

Sammy Winchester said... To Reply Click Here~

@Tia Fatiah
auww... thanks dear! >w<)/ *blushing*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...