Come On Guys~Click it!

menu campus life cerpen novel penulisan doodles

music for my life and my soul~

CInta Si Gadis Cosplayer [Chaptire 1]


Chaptire 1

Hai semua. Okay, nama saya Aminah Bt. Ahmad.” Beberapa orang di dalam kelas LWA01T tergelak kecil. “Kenapa? Tak percaya ke?” tanyanya sambil tersenyum kecil. “Okay, okay. Nama saya Shareena Ammy Bt. Johan Asyraf. korang semua boleh panggil saya Sammy. Yeah, gabungan nama saya. The ‘S’ from Shareena combined with the ‘Ammy’. So, call me Sammy.” Sammy menyanyikan ayat ‘So, call me Sammy’ dengan nada lagu Call Me Maybe. Satu kelas tergelak. Lagi.  “Okay, tinggal kat Kajang, Selangor. So, siapa-siapa yang datang melawat boleh lah saya belanja Sate Kajang yang famous tu.” Satu kelas bersorak gembira. Sammy tersengih dan menepuk tangannya sebanyak tiga kali dan mengangkat tangan kirinya untuk menenangkan rakan-rakan sekelasnya. “Okay, okay. Chill out. Okay saya nak sambung. Sekolah kat Kulim, Kedah sebelum ni selama lima tahun. Azam saya? Hmm.. Azam saya, saya nak lakukan yang berbaik dalam setiap apa yang saya lakukan dalam hidup saya. Oh, By the way, I don’t really like K-pop. Sorry K-poppers. I’m just into Japan more than Korea. Itu saja dari saya. Terima kasih.” Sammy tersenyum kecil dan segera duduk di tempatnya. Syaqeena atau lebih mesra dengan panggilan Queena menyikunya perutnya.

“Oyt, Perli aku ke?” Sammy tergelak kecil. Queena sememangnya peminat tegar K-pop terutamanya kumpulan B2ST/BEAST. Dia sanggup mengumpul semua koleksi album, poster-poster, t-shirt dan bermacam-macam lagi lah. Walaupun Sammy kurang gemar akan lagu-lagu K-pop, namun Queena gemar memaksa Sammy untuk mendengar lagu-lagu terbaru kumpulan itu. Atas dasar nama kawan baiklah Sammy terpaksa menahan ‘siksaan-siksaan’ dari Queena itu. Tapi sebagai balasannya, Queena juga ‘dipaksa’ oleh Sammy untuk mendengar lagu-lagu dari kumpulan rock Jepun atau J-Rock kegemarannya seperti The Gazette dan Versailles.

“Bila masanya pula aku perli kau? Perasan.” Sammy mencubit kedua-dua belah pipi rakannya yang chubby itu.

“Sakit lah.” Queena meraba-raba pipinya yang merah akibat cubitan berbisa dari Sammy The Great. The Great lah sangat kan? Queena memuncungkan bibirnya tanda protes. Sammy tersengih melihat rakannya yang berperangai seperti kanak-kanak itu. Dia mencuit hidung Queena.

“Sorry lah baby. Ala muncyuk baby. Sakit ke? Kita minta maaf otay?” Sambil memanjakan suaranya dan mencebikkan bibir kecilnya sambil membesarkan matanya, macam gaya Puss in Boot dalam cerita Shrek tu.  

Queena menampar kuat peha Sammy. Kali ni giliran Sammy pula untuk merasakan kesakitan akibat tamparan yang hebat dari Queen Queena The Just. Bagus lah. Dua-dua sama perasan. Sammy terjerit kecil dan menyebabkan pensyarahnya memandang mereka berdua.

“Miss Syaqeena? Miss Ammy? Do you two have anything to share with the rest of the class?” tanya pensyarah kegemaran mereka berdua, Mr. Jim. Mereka mengeleng kepala serentak. Mr. Jim tergelak kecil melihat telatah mereka berdua. Mr. Jim merupakan rakan baik kepada Encik Johan, ayah kepada Sammy, juga merupakan ‘ayah kedua’ Sammy selepas Encik Johan dan juga seorang pensyarah yang sangat sporting malah dia juga berkongsi sama minat dengan Sammy iaitu Anime dan Manga. Mereka juga sering bertukar pendapat mengenai Anime dan bertukar-tukar DVD Anime.

Setelah Mr. Jim menyuruh pelajar seterusnya bangun untuk memperkenalkan dirinya, kerusi Sammy ditendang perlahan dari belakang. Sammy menoleh ke belakang. Tengku Zaki Issac Alexander atau lebih dikenali sebagai Zaki tersenyum sinis. Sammy mengecilkan matanya tanda tidak puas hati akan tindakan Zaki yang menendang kerusinya.

‘Ishh.. mamat nih. Nama je awesome. Tapi perangai macam tuuuuuuuuut jer~’

“Apa hal tendang-tendang aku ni? Jealous ke Zackiekie?” Queena hampir tergelak apabila dia mendengar Sammy memanggil Zaki dengan panggilan Zackiekie. Zaki memasamkan lagi mukanya. Queena mengeluh dan hanya mampu menggelengkan kepalanya.

“Senyap lah kau, Si Sammiemie. Kau, dari kau kecil sampai dah besar gedabak nih tak henti-henti mengganggu hidup aku.” Zaki menggenggam erat pensel tekannya yang berwarna hitam jenama Pilot sambil mengetap giginya. Kuat.

“Ai, korang ni kalau tak gaduh sehari tak sah. Kang aku suruh papa dan mama korang kahwin kan korang. Senang, habis cerita. Macam Mong-ryong dan Chun-Hyang, Ala sweet couple yang dalam cerita korea, Sassy Girl Chun Hyang tu. Atoto. Sweetnya..” Queena mengeluh dan tersengih panjang sambil menutup matanya gaya berangan. Sammy menumbuk lembut bahu Queena.

“Jangan harap aku nak kahwin dengan Si Shoujo ni.”

“Jangan harap aku nak kahwin dengan Si Shounen ni.”

Sammy dan Zaki berkata serentak. Queena ketawa kecil. Mereka mendengus kuat melihat reaksi di wajah Queena.

“Wah, ada jodoh lah korang ni. Dah la cakap benda yang sama. Serentak pula tu. Bezanya cuma shoujo, perempuan dan shounen, lelaki. Ala.. Sweetnya. Kenduri jemput lah aku okay?” Sammy dan Zaki memandang Queena dengan pandangan yang tidak puas hati. “Untung lah korang. Kenal dari kecil. Main sama-sama. Papa and Daddy korang pun kawan baik. Dari tadika sampailah sekolah rendah bersama cuma high school je lain. Tak apa lah sebab, tup tup, masuk universiti pun uinversiti yang sama, course yang sama, and the MOST important fact is kelas yang sama.” Sammy mengeluh dan menghalakan jari telunjuknya ke arah Zaki dan tepat mengenai tengah-tengah dahinya.

“Untung kau kata? Pfft.. mamat ni tak habis-habis nak susah kan hidup aku. Kaki buli. Kalau nak rasa dia baik dengan aku pun time depan Daddy aku. This...” Sammy menunjal-nunjal dahi Zaki dengan jari halusnya. “This is the devil who wears the angel mask. I hate him. FULLSTOP.” Zaki menepis jari telunjuk Sammy yang diletak di dahinya.

“Oyt, baik-baik sikit. Dahi aku ni mahal tau. Licin. Tanpa cela. Tak macam kau. Jerawat. Jeragat. Apa lagi? Parut. Semua lengkaplah. Satu pakej.” Queena mengeluh entah buat berapa kali ntah.

“Love-Hate relationship korang ni menariklah. Nanti aku buat novel. Confirm laku.” Queena mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju dengan cadangannya sendiri.

“I am not into love-hate relationship with her!”

“I am not into love-hate relationship with him!”

Jerit Sammy dan Zaki serentak dan menyebabkan satu kelas terdiam dan berpaling ke arah mereka. Queena memandang semula ke hadapan dan berlakon seperti dia tidak tahu apa-apa. Sammy dan Zaki dengan spontannya menutup mulut masing-masing dengan serentak. Lagi. Queena tergelak kecil dan menyembunyikan tawanya dengan batuk-batuk kecil.

“Mr. Zaki, Miss Ammy, you two want to share with the rest of the class about your love-hate relationship?” Tanya Mr. Jim dengan slumbernya. Dia cuba untuk sembunyikan senyumannya. Dengan menjadi rakan baik kepada Johan membuatkan dia sangat arif dengan mereka berdua ni. Sammy and Zaki. Pantang jumpa. Mesti nak gaduh. Macam anjing dan kucing. Macam Tom and Jerry. Macam.. dah, dah.. cukup. Kang tak habis pula cerita ni.

“No!”

“No!” jerit mereka serentak. Sammy mem‘face-palm’. Eh, mem‘face-palm’ tu perkataaan yang valid ke? Ah. Lantak lah.

“Berhenti cakap serentak dengan aku. Jeez, what?! Kau ni mind reader or what? Annoying nya!”

“Kau sama je. Annoying.” Jawab Zaki ringkas. Mr. Jim tersenyum.

‘Kalau la mereka tahu apa yang papa mereka bincangkan semalam. Boleh huru hara universiti ni. Silap hari bulan, huru-hara hidup mereka.’

“Okay-okay. Semua dah selesai kan?” tanya Mr. Jim kepada pelajar-pelajarnya.

“Dah!” jawab mereka serentak.

“Okay. Kelas kita hari ini sampai sini saja. Jumpa esok. Have a nice lunch and day.” Mereka semua segera mengemaskan barang-barang mereka. Mr. Jim memandang mereka bertiga. “Miss Syaqeena, Miss Ammy and Mr. Zaki. Please see me after this.” Mereka bertiga mengangguk serentak.

Selesai saja semua pelajar keluar dari kelas, mereka kehadapan untuk berjumpa dengan Mr. Jim.

“You guys tak ada rancangan apa-apa kan?” tanya Mr. Jim. Mereka menggeleng. “After this tak ada kelas kan?” sekali lagi mereka menggeleng. Haish. Macam robot pulak.

“Why Uncle Jimmy?” haaa.. kan dah keluar nama manja.

“Why my Dear Sammy?” Mr. Jim menepuk lembut kepala Sammy. “Sebab, Uncle nak belanja korang semua lunch. Dah lama Uncle tak hang out dengan anak-anak kesayangan Uncle ni.”

“REALLY?!” mata Sammy bersinar-sinar sebijik macam kucing. “Yeay!” dia menumbuk angin. “Sayang Uncle Jimmy!” Sammy memaut tangan Mr. Jim. Mr. Jim menepuk kepalanya lembut sekali lagi.

“Kau Sammy kalau bab makan laju jer.” Zaki memeluk tubuhnya. Sammy menjegilkan matanya ke arah Zaki. Eleh, bajet cool pulak. Ingat handsome lah sangat. Sepak kang terpelanting sampai Antartik. Terbayang pula Zaki terpelanting macam Team Rocket yang dalam cerita Pokemon waktu selepas mereka kalah tu. HOHOHO...

“Bising lah kau. Malas aku nak layan kau. Baik aku layan Uncle Jimmy. Nee?”

Queena hanya mampu mengeluh dan menggelengkan kepalanya.


‘Bergaduh je dia orang ni. Kahwin kang baru tahu.’


-End Chaptire 1-



Thanks for the reading!~ please comment more and click the like button!~ 
>w<)/ hope you see you guys in Chaptire 2~! *waves!*

HITS THE LIKE, COMMENT THIS POST AND CLICK MY NUFFNANG! I WANNA COSPLAYING!

7 comments:

Ada-chin YaoiLoverz said... To Reply Click Here~

Ehh, so those two are childhood friends. Fufufufu. This is interesting, I must say. 8D

Sammy Winchester said... To Reply Click Here~

@Ada-chin YaoiLoverz
>w<)/ teehehehe~ sankyuu!~

Annoyyah said... To Reply Click Here~

Terbaik ! Nice story.

Sammy Winchester said... To Reply Click Here~

@CikMaddithanks miss maddi >w<)/

Unknown said... To Reply Click Here~

Ganbatte for the next chapter! Hee...

Love~
Love~
Love~

[Ohmigosh...i think i am being your fan now..haha]

Naimie said... To Reply Click Here~

cerita yg menarik ! tk sbr nak tunggu yg seterusnya :)

Unknown said... To Reply Click Here~

nice..done folo here..folo me back.. :D
http://bloqazizsafian.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...