credit to yuumei.deviantart.com for the picture.. the editing by my self.. |
“Well, bulan sebenarnya tak dapat menghasilkan
sebarang cahaya pun. Besides that, matahari yang bagi cahaya kat bulan. Kalau
matahari tak bagi cahaya mesti bulan malap.. gelap.. Pathetic..” Qash bermonolog
sendirian selepas membaca buku yang berjudul ‘moon and sun’. Qash memandang ke
luar tingkap. Dia malas nak bergaul dengan budak-budak kelasnya. Bising dan
tidak selesa. Biarlah dia dengan dunianya. Hampir semua pelajar kelas 4 Ruby
sedang bergaul mesra dengan pelajar baru kelas mereka, Muhammad Naqib Amirrudin.
Baru jer masuk sekolah ni 2 minggu yang lepas. Seorang pelajar yang sangat
ceria. Ceria terlebih dan sangat berlawanan dengan sifatnya yang sukakan
kesenyapan dan bersendirian. Setahu dia sebelum ini dia bukanlah seorang yang
pendiam. Kenapa dia jadi macam sekarang? Persoalan itu dibiarkan tanpa
berjawab.
Naq tidak menumpukan apa yang cuba di cakapkan
oleh Firdaus. Pandangannya tertarik kepada Qash yang sedang termenung memandang
ke luar tingkap. Wajahnya tampak sedih. Tapi kenapa? Firdaus sedar yang Naq
langsung tidak mendengar apa yang cuba di katakan olehnya.
“Weh!” Firdaus menepuk tangannya di hadapan
muka Naq. Naq tersentak. “ kau okay tak?” tanyanya. Naq mengangguk.
“Weh.. Qash memang pendiam kan?” Tanya Naq
sambil merenung Qash yang kini sedang membelek-belek bukunya. Firdaus mengeluh.
“Yup, tapikan, before ni kan dia tak macam tu
tau.” Firdaus memeluk tubuhnya. Naq menunjukkan muka yang berminat untuk
mendengar cerita Firdaus. “if not my mistake la, dia start jadi cam tu after
form 3. Kalau kau nak tanye sebab plak, aku tak tau.” Dia tersengih.
Naq
bangun dari tempatnya. Firdaus menarik tangannya.
“Eh? Kau nak pi mana weih? Meh la sembang lagi
dengan aku.” Naq menunjuk kearah Qash. Firdaus tersenyum.
Naq menarik kerusi kosong di hadapan meja Qash
dan duduk.
“Yop! Kau wat pe weih?” naq menyengih yang
panjangnya sedepa. Qash mengeluh. Sudah terang lagi nak tekan suis lampu. Qash
tak nak di ganggu la!
“Membaca.” Jawab Qash dingin dan ringkas. Hey
come on lah beb. Malaslah aku nak layan bebudak banyak mulut nih.
“Ooo.. buku ape tu weih? Seronok tak?” Qash
mengalihkan pandangannya ke luar tingkap dan mengeluh buat kali kedua.
“moon and sun.” ada perkataan M.A.L.A.S N.A.K
L.A.Y.A.N dalam nada suaranya. 6 patah yang Naq tanya sepatah jer yang Qash
jawab. Dalam karangan kata nama khas di kira satu patah perkataan jer tau? Naq
menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.
Tick.. tick.. tick.. aura kesunyian
menyelubungi meja Qash. Gelap dan sunyi. Naq memandang ke luar tingkap. ‘la,
awan besar rupanya.’ Senyap. Sedetik, dua sedetik, tiga detik…
“Weih!” Naq melambai-lambaikan tangannya ke
muka Qash. “Kenapa kau nih diam jer weih. Boring la cam nih. Kau tak boring ke?
Hish, aku tak boleh senyap sedetik pun. Boleh mati kebosanan aku. Aloooh, tak
kan kau nak baca buku jer kot. Meh lah sembang sekali.” Naq menekan kedua-dua
belah pipinya dan memuncungkan bibirnya. “macam ikan tak? Aku suka giler kat ikan. Especially nemo! Weih, kau suka ikan
tak?” Qash memandang Naq dan mengeluh untuk infinity kalinya. Dia membuka
mulutnya untuk menjawab.
“Kau nih banyak mulut kan?” Thump! Seperti batu
besar dari Banjaran Himalaya datang berguling dan menghempap kepala Naq dan
membenamkan Naq 10 kilometer ke dalam perut bumi. Qash mengeluarkan buku add
math-nya dan menyimpan buku ‘moon and sun’-nya di bawah mejanya.
“Erk, sorry la kalau aku kacau kau.”
Qash mengangguk. Naq bangun dari kerusinya. “ok la, nanti kalau aku boring aku
kacau kau lagi ek?” Qash memandang Naq dengan pandangan yang kosong. Qash
melemparkan pandangan ke luar tingkap sejurus saja Naq meninggalkannya. Satu
lagi pembawa masalah. Tak habis-habis.
“Weih Qash, macam mana buat soalan nih? Kau kan
expert add math. Ajar aku sikit weih. Aku dah blur tahap dewa dah nih. Tolong
la weih.” Naq menarik kerusinya ke tempat Qash. Dia tahu walaupun Qash ‘malu’
nak cakap dengan orang, tapi kalau pasal ilmu mesti dia tak kedekut. Eh,
berdosa tau kalau kedekut ilmu. Naq dah banyak kali cuba bercakap dengan Qash
walaupun kebanyakannya tidak layan.
Qash menarik buku add math Naq. Dia menerangkan
kepada Naq daripada 0 sampai infinity. Boring lah kalau asyik guna daripada A
sampai Z. walaupun pada mulanya Naq hanya mampu menggaru-garukan kepalanya di
sebabkan soalannya susah tahap dewa tapi setelah di ajar oleh Qash yang hebat,
Naq merasakan dunia math dia semakin lapang.
“Wah! Alhamdulillah. Thankz a ton Qash! Kau
memang hebat giler ar! Sayang giler ar kat kau. Time recess nanti aku belanja.
Kau nak apa cakap jer. Aku belanja. ” Qash menggelengkan kepalanya.
“Nope, thanks jer la. Aku tak mau lah.” Qash
menyimpan kalkulatornya di bawah mejanya. Dia membuka cermin matanya dan
mengurut-urut dahinya. Naq meneliti anak mata Qash. Nak kata hitam, tak. Nak
kata coklat pun tak.
“Qash, mata kau cantik lar. Aku suka.” Qash
menolak dirinya jauh daripada Naq. Naq tersentak. “La, kenapa weih?”
“Seram sejuk aku. Gay hape?” tawa Naq terhambur
keluar. Beberapa orang pelajar menoleh ke belakang.
“kau ni lawak la.” Masih ada sisa tawanya.
“Kenapa cakap cam tu?”
“Yelah, mane dak nyer. Usher kaum sejenis macam
tu sekali. Hish, geli aku.”
“Sorry-sorry. Tapi serius mata kau cantik
giler. Kau ade mix ek?” tanya Naq sambil menutup ‘pencil box’nya yang ternganga
luas sedepa. Qash mengangguk.
“Okaasan aku ade mix Jepun.”
“Okaasan?” Naq mengerutkan dahinya. Tak faham.
“Mak aku.”
“Ooo.. cam tu.” Naq mengganggukkan kepalanya
tanda faham.
Loceng waktu rehat berbunyi. Naq menarik
kerusinya semula ke tempatnya. Qash mengeluarkan buku nota kecilnya daripada
begnya. Naq menyusun kerusinya dan menuju ke arah Qash.
“Jom makan.” Naq tersengih lebar. Dia akan
pastikan yang setiap hari dia keluar makan dengan Qash. Qash mengeluh. Qash and
Naq, macam yin and yang, hitam dan putih and…. macam moon and sun. Qash,
seseorang yang sukar di baca dan Naq, seorang yang ceria bak suria. Well, what
you can predict. Just a perfect harmony.
Qash menyusun buku-bukunya ke dalam lokernya.
Terima kasihlah kepada sekolah ya kerana telah menyediakan loker untuk saya
simpan barangan saya. Terima kasih, terima kasih.
“Weh!” teguran Naq mematikan lamunan bodohnya.
Qash tersenyum. “Wah, Qash senyumlah. Kan elok tu. Takut aku tengok muka masam
kau.” Qash menutup pintu lokernya dan kuncinya di selitkan ke dalam poket
seluarnya.
“So what?”
“takde lah, senyumkan satu sedekah. Kau dah dapat
satu pahala dah senyum kat aku.”
“Iye lah, iye lah.” Qash membuka begnya dan dia
mengeluarkan buku latihan add math. “Nah ambil ni. Buku ni aku tak guna lagi.
Cousin aku bagi. Aku dah ada dah buku nih.” Naq mengambil buku itu daripada
tangan Qash.
“Eh? Takpe ke? Aku boleh beli sendiri kalau
menyusahkan kau.”
“Tak pun. Sikit pun tak menyusahkan aku. Weh
ambillah, aku nak pahala gak. Kalau kau score, aku dapat pahala. Chain reaction
lagi.” Naq menghayun-hayunkan tangannya di hapadan muka Qash.
“Dah,dah. Aku tau. Aku tau. Anyway, thanks
tau?” Qash mengangguk.
‘PERHATIAN KEPADA MOHAMMAD AQASHA SAIFUL, SILA
DATANG KE PEJABAT SEKARANG JUGA.’
“Weh, Qash. Nama kau lah tu. Jom gi.”
“Buat ape kau nak ikut aku? Nama aku, bukan
nama kau.”
“Ala.. jomlah. Saye nak ambek handout ler.” Naq
memaut bahu Qash.
“Heh, now you sound like silly person that
trying to speak KL.” Qash tersengih.
“Hai hai... jom ke pejabat!”
Qash menolak pintu pejabat dan terus ke kaunter
pertanyaan manakala Naq ke belakang pejabat untuk mengambil handout untuk kelas
fizik esok.
“Aqasha ye?” Tanya kakak pejabat, Kak Yanti.
Qash mengangguk. “Ade call dari mama awak. Tu..” tunjuknya kearah telefon
pejabat.
“Okay, thanks.” Qash segera mengangkat telefon
itu.
“Hello?
Qasha?”
“Hello. Mama ye?”
“Iyer
sayang. Qasha, mama tak ambil kamu tau ari nie. Papa yang ambil.. mama nak
pergi settle kan masalah syarikat.” Riak wajah Qash berubah. Naq mengangkat
beg kertas yang mengandungi kertas fizik mereka dan senyum ke arah Qash. Dia
perasan akan perubahan yang berlaku pada wajah Qash.
“Okay ma. Kalau papa busy gak takpe lah. Qash
balik sendiri.”
“Betul
kamu okay? Pak Tahar kata kat mama tadi kamu macam tak sihat.” Ada risau
dalam nada suara mamanya.
“Qasha okay. Don’t worry ma. Okay la ma. I know
you’re busy,”
“Okay la
sayang. See ya. Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.” Qash meletakkan telefon itu
ke tempat asalnya. Dia mengeluh kecil.
Qash mengambil separuh daripada kertas fizik
yang di pegang oleh Naq. Naq tersenyum dan keluar daripada pejabat.
“Qash, petang ni kau ade perjumpaan ke?” Qash
mengangguk. Tanpa di sedari oleh Naq, di hadapannya ada alat pemadam api yang
di gantung di tepi dinding dan.. DANG! “Ouchie! Sakitnya!” Naq menggosok-gosok
kepalanya. “Qash nape tak gi tau.”
Qash tergelak. Naq tersenyum melihat riak wajah
Qash. ‘Manis gak muka Qash.’ Qash berhenti gelak dan dia terbatuk.
“Qash kau okay tak?” Naq mengurut-urut belakang
Qash. Muka Qash pucat. Muka Naq lagi pucat tengok muka Qash pucat.
“Okay-okay. Sorry.” Nafasnya kelihatan
tersekat-sekat. Dia menekan dadanya.
“Serius kau okay? Nak aku panggil cikgu?” Qash
menarik bajunya.
“Tak, tak. Aku okay. Sorry gelak kat kau. Lawak
lah.” Dia tersenyum walaupun senyumannya tidak bermaya.
‘ni mesti sebab panggilan tadi. Qash Nampak
sedihlah.’ Naq berjalan beriringan dengan Qash menuju ke kelas mereka.
Orang kedua terakhir di perhentian bas pun dah
balik. Dia lah orang yang terakhir tu. Hujan tanpa belas kasihan turun dengan lebatnya. Sesekali dia menutup
mulutnya untuk batuk. Batuknya menjadi agak teruk dengan stressnya dan hujan
yang turun tanpa ada tanda-tanda ingin berhenti. Seseorang menepuk bahunya. Bahunya
terangkat terkejut. Dia terbatuk, tangannya automatik di bawa ke dadanya.
“Hush. Kau okay tak?”
“Okay, okay.. Naq! Bagilah salam dulu.” Naq mengaru-garu
kepalanya dan tersengih.
“haha.. sorry.. assalamuakaikum!”
“Waalaikumussalam.” Jawab Qash pendek. Naq
duduk di sebelah Qash. Naq memerhati muka Qash. Pucat dan dia juga perasan
sesuatu yang pelik dengan cara penafasan Qash. ‘Qash nih okay tak? Risau aku
ngan mamat nih.’
Sunyi.. suasana yang sejuk bertambah sejuk..
“Kau tak balik lagi ke?” Qash memecah kesunyian
yang tercipta beberapa saat yang lepas.
“Aku?.. eh, tak,tak.. Kau pulak bila nak balik.
Ayah kau tak datang lagi ke?” Qash tersenyum.
“Eh, ayah aku dah datang dah and sekarang nih
aku kat rumah da..” jawab Qash slumber.
“Hah?” Tanya Naq jelas tidak paham.
“Of course ayah aku tak datang lagi.” Qash
gelak. Naq memegang bahu Qash.
“Qash, kau okay tak? Come on man, be honest. I
know you are not okay.” Senyuman Qash
pudar. Dia tertunduk. “Qash?”
“Aku okay. Ntahlah. Aku tension kot. Ak.. aku..
” Qash memegang dadanya. Dia terbatuk dan kali ini batuknya kedengaran seperti orang yang tercekik. Nafasnya juga
tersekat-sekat.
“Qa..
Qash!” Naq menjerit apabila Qash jatuh daripada kerusi. Nasib baik Naq
sempat menarik Qash sebelum dia mencium simen bas stop yang basah itu. “Oit!
Qash!” dia memanggil nama Qash. Muka Qash yang pucat bertambah pucat. Qash
jelas tercungap-cungap mencari Oxygen untuk bernafas. Naq cuak.
“Na..Naq.. aku ta.. tak boleh nafas.” Naq memegang dahi Qash. Dia
cepat-cepat menarik tangannya semula. Badan Qash panas!
“Okay.. okay Qash.. cu..cuba kau bernafas..
relax, calm down.” Qash menggelengkan kepalanya. Daripada riak muka Qash jelas
kelihat yang dia sedang menahan sakit. “Kau.. kau ada asma ke?” Qash
mengangguk. “Ubat kau mana?”
“A.. aku.. ta..” suara Qash tersekat-sekat.
Banyak tenaganya yang digunakan untuk cuba bernafas. Qash menggelengkan
kepalanya tanda tiada ubat bersamanya sekarang.
“Oh man, oh man, oh man.. kenapa kau tak bawa?
Ya Allah.. Okay, tunggu sini. Aku pergi cari orang..” belum sempat Naq bangun Qash
menarik bajunya.
“Ja..jangan ti..nggal.. ak..u..” Qash
tercungap-cungap.
‘Ya Allah. Takkan aku nak tinggalkan Qash. Tapi
kalau aku tak minta tolong Qash nanti bertambah sakit.’
Doa Naq termakbul apabila kereta hitam berhenti
di hadapan mereka. Seseorang berlari keluar daripada kereta itu dan di ikuti
oleh seorang lagi.
“Qasha?!” Pak cik itu memangku kepala Qash.
“Qasha? Kamu dengar tak suara papa tak?” Qash mengangguk lemah. “Okay, sekarang
ni mana ubat kamu?” Qash menggelengkan kepalanya.
“Pak cik, Qash kata dia tak bawa ubat dia.” Naq
menjawab bagi pihak Qash.
“Okay, sekarang ni kamu bernafas ikut papa. 1,2
tarik. 1,2 lepas. Okay?” Qash mengangguk. Dia terbatuk lagi. Qash menggelengkan
kepala. Dia tak mampu lagi.
“Pap..pa” perlahan-lahan Qash mejamkan matanya.
Badannya menjadi lembik.
“Qasha!” Encik Hisham mengangkat Qash. “Pak
Hisham, tolong bukakan pintu kereta.” Pak Hisham mengangguk dan segera membukakan
pintu kereta. “Awak..ikut pak cik boleh?” Naq menggangguk. Dia menggambil beg
Qash manakala Encik HIsham mengangkat Qash masuk ke kereta.
‘Qash, please be okay!’ jerit Naq dalam hati kecilnya.
haha.. cite nih dah lama dah.. cume baru nak post jer kat sini.. bahagian 2 OTW.. ^^
COMMENT AND HIT THE LIKE BUTTON IF YOU GUYS LOVE THIS ^^
--> comment untuk penambahbaikan^^ (no flame please~)
PLEASE CLICK MY NUFFNANG.. I WANNA GO COSPLAYING! WEEE~
3 comments:
Ahhhhhh! Ahhhhhh!!! *flailing while running around in circle* OhMeinGott, OhMeinGott!!
Qash has serious illness or what? Gahh! Damnit I'm being left hanging RAWR!
Seriously I'm thinking QashNaq here, if you know what I mean. *kicked*
Ada-chin YaoiLoverz: yeah i know what you meant~ ^^ hee.. but nope.. no BL.. you must wait for the update then ^^
Hyep ,, sy bru follow awk , btw nice story ...
Bler nk wat smbongan cter nie yee ... Cant wait .. ;)